Sunday 3 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS





Masihkah Kau Ingat?

1.    Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

    Huraian: Perbuatan plagiat adalah satu perbuatan yang tidak wajar. Penulisan tesis haruslah asli dan diolah dengan ayat sendiri. Pastikan kredit ke atas nama penulis artikel yang diguna disertakan dalam penulisan.

2.    Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

  Huraian: Tesis yang sudah siap hendaklah disemak dahulu menggunakan Turnitin sebelum dihantar. Turnitin merupakan satu alat yang kebiasaanya akan digunakan oleh pelajar untuk mengenal pasti sama ada kerja yang dibuat itu mempunyai peratusan plagiat yang tinggi atau pun tidak. Sekiranya keputusan peratusan itu sangat tinggi maka pelajar tersebut perlu mengolah balik bahan kajian yang telah dilakukan.

3.    Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

   Huraian: Rujukan perkara yang perlu dititikberatkan. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk meletakkan rujukan pada setiap kerja yang telah dilakukan.

4.    Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

    Huraian: Penelitian dan pembacaan artikel adalah penting bagi menambahkan ilmu dan menjana idea untuk pelajar melaksanakan disertasi.

5.    Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

    Huraian: Menghadiri seminar atau persidangan untuk menambahkan ilmu boleh menjadikan pelajar lebih terdedah dengan kajian yang ingin dilaksanakan.

6.    Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan dariapda berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

    Huraian: Pelajar seharusnya berbincang dengan penyelia sepanjang kajian yang ingin dilaksanakan kerana penyelia merupakan orang yang mempunyai pengalaman.

7.    Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

    Huraian: Pelajar harus teliti dengan jumlah halaman kajian yang ingin dilaksanakan supaya tidak terlebih dan tidak terkurang jumlah halaman yang dikehendaki.

8.    Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

    Huraian: Sama seperti tesis pelajar juga harus cakna dengan jumlah halaman yang diperlukan bagi perlaksanaan tesis.

9.    Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

    Huraian: Perancangan jadual adalah penting supaya pelajar tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Berikut merupakan bukti kehadiran minggu 11!

No comments:

Post a Comment