Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik


Kepentingan Asas Grafik



Rujukan 
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia.

Thursday 5 March 2020

BBM3410satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA


Dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik, asas grafik merupakan perkara yang asas dan penting yang perlu diketahui dan difahami oleh semua orang. Terdapat lima elemen asas grafik yang perlu anda ketahui. 

👀  MUDAH  👀
🌷 gambar atau video yang mudah difahami
🌷 mesej yang tiada kekeliruan terhadap gambaran gambar atau video
🌷 contoh : sekeping foto sebuah kereta di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto itu akan faham bahawa itu adalah sebuah kereta.

🔵  WARNA 🔵
🌷 kombinasi warna dalam bentuk foto atau video
🌷 Sesuatu gambar atau video lebih wajar apabila mengandungi tidak lebih dari 3 warna
🌷 berdasarkan kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan
🌷 contoh : sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai dua warna yang menyerlah dan menfokuskan kepada kereta dan pokok. 

🔤 TEKS 🔤
🌷 pemahaman terhadap grafik berdasarkan kandungan dalam teks
🌷 teks merupakan jenis dan saiz font yang dipilih
🌷 contoh : iklan laptop yang disertakan dengan teks "ringan dan nipis" menggunakan font yang menarik dan sesuai dapat menarik pengguna untuk membelinya.

✅ KESESUAIAN 
🌷 kesesuaian grafik dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam gambar atau video.
🌷 contoh : Foto seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bermain dengan dua orang kanak-kanak di ruang tamu yang kelihatan bergelak ketawa. Terdapat tulisan di bawah tersebut " keluarga bahagia saya "

 KESEIMBANGAN 
🌷 ruang di kiri, kanan, atas dan bawah seimbang dalam sebuah foto atau video
🌷 ruang tersebut hendaklah sama berat dan disampaikan dengan baik
 🌷 contoh : foto seorang lelaki yang sedang berdiri di ruang sebelah kanan dan ruang di sebelah kirinya pula terdapat teks yang berkaitan biodata dirinya.




RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020 : TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)


TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)


Menurut VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/ tema suatu teks

Superstruktur 
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
 ___________________________________________________________

Rajah 1: Teori Anaisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)


     Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977), teori ini dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

VanDijk, T. A. (1977). Text and Context: Explainations in the Semantics and Pragmatics of Discourse. London: Longman.

BBM3410Satu2020 : Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Strategi Pampasan

3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help
Stalling


Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)



      Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi Dornyei & komunikasi. Menurut Scott (1997) pula, kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi yang seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Selain itu, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi  penanda digunakan apabila seseorang menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.




Rujukan:

Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language:
   Definitions and Taxonomies. Language Learning, 47:173-210.

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
     


   Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), teknologi memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran. Dengan kesan positif dan mematuhi etika dalam menulis, seseorang akan dapat menggunakan teknologi dengan bijak. Instagram didefinisikan sebagai sebuah telefon bimbit dalam talian perkongsian foto, video, dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna-penggunanya mengambil gambar dan video. Menurut statistik kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juta pengguna (statistica,com). Terdapat pelbagai manfaat penggunaan instagram kepada penggunanya. Antaranya ialah instagram membantu penggunanya dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Selain itu,  cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Seterusnya, menurut kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016),  penggunaan Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna akan menggunakan telefon pintar dan rangkaian internet untuk mengakses instagram. Bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu yang mencipta aura positif dalam video. Seterusnya, dalam akaun Instagram, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakan video atau gambar. Hal ini sekaligus telah melatih pengguna instagram menjadi seorang yang berbudi pekerti dan sopan santun dalam segala perbuatan. 

Rujukan :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
     



      Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk monolog dan mempertingkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan komen terhadap topik yang dibincangkan.

     Pada hari ini, keutamaan teknologi di sekolah dan universiti tidak menghadkan kepada alat pembelajaran tertentu. Mereka bersedia untuk menggunakan teknologi baharu bagi mempelajari pelbagai saluran komunikasi (Saeed et al.,2009) Zaini et al. (2012) menyatakan bahawa melalui penggunaan blog, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa.

     Berdasarkan daripada pelbagai kajian tentang penulisan blog, ia boleh dinyatakan bahawa blog patut diperkenalkan dalam kalangan pelajar-pelajar korea untuk mempelajari bahasa kedua. Oleh itu, objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan blog untuk menulis melalui perspektif pelajar-pelajar korea. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi.

      Keputusan dan perbincangan blog di dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki.  Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh responden, dapat diperlihat bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. Perbincangan blog dalam pembelajaran bahasa pula peratus responden wanita juga lebih tinggi berbanding responden lelaki yang memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Responden menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Seterusnya, blog dalam pembelajaran teknologi pula, responden menyukai video, audio, dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Bagi video dan audio, kajian telah dapati 100% responden lelaki dan wanita menyukai dan memberi kepuasan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam blog. Kesimpulannya, keputusan kajian jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis.

Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Ehh!!Media Sosial, Penerbit  UMT Universiti Malaysia Terengganu