Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2





Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA

Berdasarkan kisah sosial 2, diceritakan bahawa bapa Alim pergi ke pasar pada hujung minggu dan membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Aneka buah-buahan ini telah menarik perhatian Alim dan ahli keluarganya lalu mereka menikmati juadah tersebut bersama-sama. Sedang masing-masing membayangkan buah-buahan yang bakal dinikmati bersama, Alim teringat akan Sulaiman iaitu jiran sebelah rumahnya yang baik hati. Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman serta ibu bapanya. Kata Alim, ibu dan ayahnya selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah satu perbuatan yang baik.  Ibu Alim memuji sikap anaknya yang sungguh pemurah dan sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan. Ketika Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah, Alim memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu kembali masuk ke dalam rumah dan terus menolong ibu dan bapanya membersihkan sisa-sisa makanan mereka. Alim ditegur oleh Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman ketika membuang sampah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi rezeki bersama. Mak Cik Timah berasa terharu dengan sikap Alim yang sunguh baik itu. Alim juga memberitahu bahawa harus berbuat baik kepada semua orang, dan Mak Cik Timah juga senang apabila Alim berkawan dengan Sulaiman lalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan :


Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi komunikasi : Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020 : Tips belajar dengan mudah :)



NAMA : NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN

NO MATRIK : 197583


     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harini saya ingin berkongsi tentang manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Terdapat beberapa manfaat yang saya ingin kongsikan. Antaranya ialah penggunaan media sosial dalam kelas bahasa telah mewujudkan pelajar yang celik (IT). Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar dapat mempraktikkan penggunaan teknologi secara berkesan. Sebagai contoh, dengan menggunakan media sosial dalam kelas bahasa, pelajar dapat menggunakan laptop dengan cekap dan berkesan.

     Selain itu, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan media sosial yang luas. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan penggunaan media sosial seperti membuat video, memuatnaik gambar dan sebagainya. Seterusnya, antara kelebihan media sosial dalam kelas bahasa ialah mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana semua pelajar akan memberi perhatian kepada laptop masing-masing apabila sedang mengakses media sosial.

   Walaubagaimanapun, penggunaan media sosial dalam kelas akan membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar hanya menggunakan aplikasi sembang atau dikenali sebagai 'chat' untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan. Akhirnya, antara manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa ialah proses pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih cekap dan efektif. 

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) tugasan pertama yang diberikan dalam kuliah pada hari ini adalah menghasilkan sebuah buku ringkas tentang elemen asas grafik dalam multimedia. Setiap ahli kumpulan perlu menghasilkan tugasan yang sama dan perlu dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. Antara 5 Elemen Asas Grafik ialah Mudah, Warna, Teks, Kesesuaian dan Keseimbangan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencari lima gambar yang mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam majalah yang telah dibawa dan mengenal pasti elemen yang paling mencuat dalam setiap gambar. Kami perlu memastikan gambar yang diambil dari majalah dipotong dengan sempurna tanpa cela, mounting board yang ditebuk dengan sama, gambar yang digam kemas dan sebagainya. Seterusnya, kami perlu mengikat kesemua mounting board menggunakan reben dengan kemas. Berikut merupakan proses dan hasil tangan ahli kumpulan kami : 



Gambar 1: Proses mencari gambar yang sesuai di dalam majalah


Gambar 2: Proses mencari gambar yang sesuai di dalam majalah


Gambar 3 : Proses memotong gambar yang diambil dalam majalah


Gambar 4 : Proses memotong mounting board


Gambar 5 : Proses menggunting huruf dan nombor dalam majalah


Gambar 6 : Proses menggunting huruf dan nombor dalam majalah


Gambar 7 : Proses menggunting huruf dan nombor dalam majalah


Gambar 8 : Proses menampal huruf di atas mounting board


 Gambar 9 : Ahli kumpulan TechNinjas' Production


Gambar 10 : Ahli kumpulan TechNinjas' Production


Gambar 11 : Ahli kumpulan TechNinjas' Production


Gambar 12 : Buku yang telah siap dihasilkan


BBM3410Satu2020 : Blanket Test :)




 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah hari ini telah pun masuk minggu kedua saya mengikuti kelas BBM3410. Kelas harini sangat seronok :) Prof kami iaitu Prof Normaliza telah mengadakan satu kuiz santai yang dinamakan "blanket test" pada setiap minggu. Dan, hari ini merupakan minggu pertama blanket test berlangsung. Kuiz ini dimainkan secara berkumpulan. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan nama kumpulan saya iaitu TechNinjas' Production. hebat bukan nama kumpulan itu? :D kumpulan kami juga dikenali sebagai kumpulan 1. Alhamdulillah, sepanjang blanket test berlangsung, kumpulan kami telah memperoleh sebanyak 4 markah :D Antara soalan yang berjaya kami jawab adalah seperti berikut :


1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam
multimedia ( buku Multimedia dalam Bahasa) ?

Jawapan : 11 muka surat


2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan : Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.


3) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar pulau), apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.

Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, hanya berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ia adalah pemandangan sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya, di samping lautan yang terbentang luas.

4) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar di Jeti pulau), apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat? Terangkan?

Jawapan : Elemen tersebut adalah elemen mudah. Hal ini kerana seseorang boleh menjangkakan suasana tersebut adalah suasana di kawasan jeti yang mana terdapat seperti timbunan batu-batu besar yang dibentuk menjadi sebuah muara. Gunung-ganang pula tersergam indah di depannya, beserta lautan yang berwarna biru kehijau-hijauan. Terdapat juga jeti yang dibina dengan tambahan gambar bot kecil di tepinya.


Sekian sahaja blanket test pada minggu ini! saya sangat bersyukur dengan markah yang diperoleh. Ulasan yang boleh saya berikan untuk blanket test pada minggu ini ialah saya telah belajar cara bekerjasama dalam berkumpulan. Dengan ada nya kerjasama dalam kumpulan, soalan dapat dijawab dengan mudah. Selain itu, blanket test ini telah menguji tahap kecekapan saya berfikir. Hal ini dikatakan demikian kerana masa yang diberikan untuk menjawab soalan yang dituju sangat pantas. Oleh itu, kami perlu menjawab soalan yang dituju dengan cepat dan tepat. Saya percaya, dengan wujudnya kuiz seperti ini, akan melatih diri kita supaya lebih teliti, fokus dan cekap dalam membuat sesuatu perkara. saya harap, kumpulan TechNinjas' Production akan mendapat markah yang lagi tinggi dalam blanket test pada minggu hadapan. Terima kasih Prof!