Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2





Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA

Berdasarkan kisah sosial 2, diceritakan bahawa bapa Alim pergi ke pasar pada hujung minggu dan membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Aneka buah-buahan ini telah menarik perhatian Alim dan ahli keluarganya lalu mereka menikmati juadah tersebut bersama-sama. Sedang masing-masing membayangkan buah-buahan yang bakal dinikmati bersama, Alim teringat akan Sulaiman iaitu jiran sebelah rumahnya yang baik hati. Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman serta ibu bapanya. Kata Alim, ibu dan ayahnya selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah satu perbuatan yang baik.  Ibu Alim memuji sikap anaknya yang sungguh pemurah dan sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan. Ketika Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah, Alim memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu kembali masuk ke dalam rumah dan terus menolong ibu dan bapanya membersihkan sisa-sisa makanan mereka. Alim ditegur oleh Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman ketika membuang sampah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi rezeki bersama. Mak Cik Timah berasa terharu dengan sikap Alim yang sunguh baik itu. Alim juga memberitahu bahawa harus berbuat baik kepada semua orang, dan Mak Cik Timah juga senang apabila Alim berkawan dengan Sulaiman lalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan :


Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi komunikasi : Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment