Thursday 18 June 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER



   Nyatakan 5 perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter  

1. Kajian Twitter adalah berkenaan penggunaannya dalam kalangan pengguna secara menyeluruh manakala kajian Facebook khusus penggunaannya dalam kalangan pelajar, guru untuk tujuan PdP.

2. Kajian twitter menggunakan 200 responden (pelajar U, pekerja, organisasi, dan persatuan) manakala kajian Facebook menggunakan 260 responden yang terdiri dalam kalangan pelajar sahaja.

3. Kajian Twitter menggunakan Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) manakala kajian Facebook tiada teori dan menggunakan kaedah analisis teks.

4. Kajian Twitter mendapati bahawa twitter ialah tempat untuk melatih kecekapan komunikasi dan kebudayaan manakala kajian Facebook tempat untuk membincangkan hal-hal akademik.

5. Kajian twitter menggalakkan penggunanya menggunakan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul manakala kajian Facebook menggalakkan pembangunan satu komuniti dalam talian bagi pelajar-pelajar ESL (bahasa kedua)



Rujukan :

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1



Meh, nyanyi sama-sama lagu ni!

   Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak  

    Lagu 1 (Keluarga)  

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Mejaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Comel kan saya lukis? sejujurnya saya ikhlas melukis Logo di atas kerana ia  menggambarkan nilai kasih sayang dan cinta antara ahli keluarga. Mereka saling memerlukan satu sama lain. saya sayang keluarga saya dunia dan akhirat muahhh! ini juga saya sertakan bukti upload di FACEBOOK DAN TWITTER ehekkkkkk.





Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



SELAMAT MEMBACA! penat saya lukis cantik-cantik tauuuuu.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.