Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Cerita ini mengisahkan seorang budak bernama Alim. Alim dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuk sebelah ibunya di Kajang. Setelah tiba di kampung, Alim terus keluar daripada kereta dan mencari ayam dan itik di kampung. Alim menangis kesedihan kerana dia dapati ayam dan itik sudah tiada di dalam reban. Namun begitu, kesedihan itu bertukar gembira apabila neneknya memberitahu bahawa ayam dan itik berada di dalam reban yang baharu buatan atuknya yang kira-kira 50 meter dari reban yang lama. Alim melangkah masuk ke rumah nenek dan datuknya apabila dia sudah puas melihat ayam dan itik milik atuknya. Setelah itu, alim menjadi keliru dan sedih lalu kerana melihat persekitaran sekeliling rumah atuk dan neneknya berbeza. Namun, perasaan itu tidak lama kerana Alim sudah kelihatan biasa dengan suasana yang baharu itu. Dia menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen bersama abang, kakak, dan adik perempuannya di ruang tamu .Ibu dan bapa serta nenek dan datuk Alim sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut kerana Alim menangis tanpa sebab yang diketahui. Namun suasana kampung  yang berlainan daripada biasalah yang telah mengeratkan hubungan Alim sekeluarga. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog :)


10 Cara Penulisan Blog Yang Baik



1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Ulasan :


Untuk menjadi blogger yang baik dan terkenal memerlukan kemahiran penulisan blog yang mantap dan menarik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), antara cara penulisan blog yang baik ialah sesuatu penulisan itu mestilah mempunyai tajuk yang menarik. Hal ini sangat mempengaruhi para pambaca blog untuk meneruskan bacaannya apabila tertarik dengan tajuk penulisan. Seterusnya, sesuatu penulisan itu haruslah mempunyai cerita yang menarik yang dimasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menarik perhatian pembaca. Selain itu, penulisan yang menjadi tarikan para pembaca adalah sesuatu penulisan itu terdapat hujah yang terbaik dalam huraian penulisannya dan sentiasa mengaitkan dengan berita terkini. Antara komponen penting dalam penulisan yang baik adalah sesuatu penulisan haruslah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah dibaca dan difahami pembaca. Saya percaya, penulisan yang dimasukkan moral dan nilai estetika serta penulisan pendidikan yang tepat akan menarik lebih ramai pembaca untuk membaca penulisan blog. Oleh itu, dengan menguasai 10 cara penulisan blog yang baik ini, kita dapat menjadi seorang blogger yang mantap dan dipercayai oleh orang ramai. 


Rujukan : 

Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh Media Sosial. Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Tentang Diri :)




                                                                        بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                  

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) 


Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri saya. Nama diberi Nor Syahirah Binti Sarian dan saya berumur 22 tahun. Saya merupakan anak kelahiran negeri Terengganu. Saya dilahirkan pada 20 Januari 1998 di sebuah hospital terletak di Hulu Terengganu. Saya mempunyai enam orang adik beradik dan merupakan anak keempat dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya pada awalnya di Sekolah Kebangsaan Tok Randok pada tahun 2005 dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang iaitu 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seterusnya, saya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling di Marang Terengganu pada tahun 2011 hingga 2015 dan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HuTecs) pada tahun 2016. Alhamdulillah, syukur kepadaNya dengan result stpm straight A juga saya berjaya menyambung lagi perjuangan saya dalam menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).