Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Cerita ini mengisahkan seorang budak bernama Alim. Alim dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuk sebelah ibunya di Kajang. Setelah tiba di kampung, Alim terus keluar daripada kereta dan mencari ayam dan itik di kampung. Alim menangis kesedihan kerana dia dapati ayam dan itik sudah tiada di dalam reban. Namun begitu, kesedihan itu bertukar gembira apabila neneknya memberitahu bahawa ayam dan itik berada di dalam reban yang baharu buatan atuknya yang kira-kira 50 meter dari reban yang lama. Alim melangkah masuk ke rumah nenek dan datuknya apabila dia sudah puas melihat ayam dan itik milik atuknya. Setelah itu, alim menjadi keliru dan sedih lalu kerana melihat persekitaran sekeliling rumah atuk dan neneknya berbeza. Namun, perasaan itu tidak lama kerana Alim sudah kelihatan biasa dengan suasana yang baharu itu. Dia menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen bersama abang, kakak, dan adik perempuannya di ruang tamu .Ibu dan bapa serta nenek dan datuk Alim sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut kerana Alim menangis tanpa sebab yang diketahui. Namun suasana kampung  yang berlainan daripada biasalah yang telah mengeratkan hubungan Alim sekeluarga. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment