Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Blanket Test :)




 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah hari ini telah pun masuk minggu kedua saya mengikuti kelas BBM3410. Kelas harini sangat seronok :) Prof kami iaitu Prof Normaliza telah mengadakan satu kuiz santai yang dinamakan "blanket test" pada setiap minggu. Dan, hari ini merupakan minggu pertama blanket test berlangsung. Kuiz ini dimainkan secara berkumpulan. Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan nama kumpulan saya iaitu TechNinjas' Production. hebat bukan nama kumpulan itu? :D kumpulan kami juga dikenali sebagai kumpulan 1. Alhamdulillah, sepanjang blanket test berlangsung, kumpulan kami telah memperoleh sebanyak 4 markah :D Antara soalan yang berjaya kami jawab adalah seperti berikut :


1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam
multimedia ( buku Multimedia dalam Bahasa) ?

Jawapan : 11 muka surat


2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan : Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.


3) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar pulau), apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.

Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, hanya berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ia adalah pemandangan sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya, di samping lautan yang terbentang luas.

4) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar di Jeti pulau), apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat? Terangkan?

Jawapan : Elemen tersebut adalah elemen mudah. Hal ini kerana seseorang boleh menjangkakan suasana tersebut adalah suasana di kawasan jeti yang mana terdapat seperti timbunan batu-batu besar yang dibentuk menjadi sebuah muara. Gunung-ganang pula tersergam indah di depannya, beserta lautan yang berwarna biru kehijau-hijauan. Terdapat juga jeti yang dibina dengan tambahan gambar bot kecil di tepinya.


Sekian sahaja blanket test pada minggu ini! saya sangat bersyukur dengan markah yang diperoleh. Ulasan yang boleh saya berikan untuk blanket test pada minggu ini ialah saya telah belajar cara bekerjasama dalam berkumpulan. Dengan ada nya kerjasama dalam kumpulan, soalan dapat dijawab dengan mudah. Selain itu, blanket test ini telah menguji tahap kecekapan saya berfikir. Hal ini dikatakan demikian kerana masa yang diberikan untuk menjawab soalan yang dituju sangat pantas. Oleh itu, kami perlu menjawab soalan yang dituju dengan cepat dan tepat. Saya percaya, dengan wujudnya kuiz seperti ini, akan melatih diri kita supaya lebih teliti, fokus dan cekap dalam membuat sesuatu perkara. saya harap, kumpulan TechNinjas' Production akan mendapat markah yang lagi tinggi dalam blanket test pada minggu hadapan. Terima kasih Prof!

No comments:

Post a Comment