Thursday 18 June 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER



   Nyatakan 5 perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter  

1. Kajian Twitter adalah berkenaan penggunaannya dalam kalangan pengguna secara menyeluruh manakala kajian Facebook khusus penggunaannya dalam kalangan pelajar, guru untuk tujuan PdP.

2. Kajian twitter menggunakan 200 responden (pelajar U, pekerja, organisasi, dan persatuan) manakala kajian Facebook menggunakan 260 responden yang terdiri dalam kalangan pelajar sahaja.

3. Kajian Twitter menggunakan Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) manakala kajian Facebook tiada teori dan menggunakan kaedah analisis teks.

4. Kajian Twitter mendapati bahawa twitter ialah tempat untuk melatih kecekapan komunikasi dan kebudayaan manakala kajian Facebook tempat untuk membincangkan hal-hal akademik.

5. Kajian twitter menggalakkan penggunanya menggunakan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul manakala kajian Facebook menggalakkan pembangunan satu komuniti dalam talian bagi pelajar-pelajar ESL (bahasa kedua)



Rujukan :

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment