Thursday 5 March 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
     


   Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), teknologi memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran. Dengan kesan positif dan mematuhi etika dalam menulis, seseorang akan dapat menggunakan teknologi dengan bijak. Instagram didefinisikan sebagai sebuah telefon bimbit dalam talian perkongsian foto, video, dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna-penggunanya mengambil gambar dan video. Menurut statistik kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juta pengguna (statistica,com). Terdapat pelbagai manfaat penggunaan instagram kepada penggunanya. Antaranya ialah instagram membantu penggunanya dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Selain itu,  cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Seterusnya, menurut kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016),  penggunaan Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna akan menggunakan telefon pintar dan rangkaian internet untuk mengakses instagram. Bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu yang mencipta aura positif dalam video. Seterusnya, dalam akaun Instagram, pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakan video atau gambar. Hal ini sekaligus telah melatih pengguna instagram menjadi seorang yang berbudi pekerti dan sopan santun dalam segala perbuatan. 

Rujukan :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment