Wednesday, 18 March 2020

BBM3410Satu2020 : GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA



Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Hari ini saya ingin kongsikan video ketiga kami iaitu tugasan minggu ke 6 yang bertajuk GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA :) Antara simpulan bahasa yang telah dipilih oleh ahli kumpulan kami, TechNinjas' Production seperti yang berikut. Selamat menonton dan jangan lupa LIKE!
  1. Alas perut
  2. Ikat perut
  3. Cakar ayam
  4. Kaki ayam
  5. Air muka
  6. Buah tangan
  7. Air tangan
  8. Anak bapa
  9. Ringan tulang
  10. Ulat buku
Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 
196003 Nur Faqin binti Yusof 
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin 

Kredit:
Lagu: Anta Permana
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd & 
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/JZzPldJo4eM


Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Sunday, 15 March 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY :)


Assalamualaikum dan selamat pagi. semua sihat? sekarang musim tak sihat bukan? virus dah semakin merebak semoga semua sentiasa dalam lindunganNya.. hari ini, saya ingin berkongsi tentang video kedua yang kami satu kumpulan hasilkan. Video ini mengandungi hasil tangkapan gambar jenis-jenis flatlay oleh kami. Jenis-jenis flatlay ada empat, yang pertama flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Selamat menonton! jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBED! 




Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa

Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin

Kredit:
7 Nasihat
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd &
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/5w_kRsNZ4cc

Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografik :)


Assalamualaikum semua! Harini saya ingin berkongsi satu video hasil daripada kumpulan kami. Video ini merupakan hasil tugasan kami yang telah disiapkan dan dimuat turun ke dalam youtube sebagai syarat tugasan kali ini pada minggu kelima. Selain itu, video ini juga sebagai bahan tontonan kepadaa umum. Video tersebut mengandungi asas-asas grafik iaitu over the shoulder,  bird's eye view, siluet, pendua, kabur dan juga shadow.   Selamat menonton!







Kursus : BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa Pensyarah: Prof. Normaliza Abd Rahim Ahli Kumpulan TechNinjas' Production: 195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 196003 Nur Faqin binti Yusof 196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar 196032 Muhamad Sahlan bin Butai 196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 197414 Nurlina binti Atan 197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi 197583 Nor Syahirah binti Sarian 197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 199325 Nur Aqilah binti Saifuddin Kredit: Saloma - Chik Chik Boom https://youtu.be/itlvT_53V3U Anime Sound Effect https://youtu.be/1yxN0FXE0ME PRIDE FC opening theme music https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Friday, 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik


Kepentingan Asas Grafik



Rujukan 
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia.

Thursday, 5 March 2020

BBM3410satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA


Dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik, asas grafik merupakan perkara yang asas dan penting yang perlu diketahui dan difahami oleh semua orang. Terdapat lima elemen asas grafik yang perlu anda ketahui. 

👀  MUDAH  👀
🌷 gambar atau video yang mudah difahami
🌷 mesej yang tiada kekeliruan terhadap gambaran gambar atau video
🌷 contoh : sekeping foto sebuah kereta di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto itu akan faham bahawa itu adalah sebuah kereta.

🔵  WARNA 🔵
🌷 kombinasi warna dalam bentuk foto atau video
🌷 Sesuatu gambar atau video lebih wajar apabila mengandungi tidak lebih dari 3 warna
🌷 berdasarkan kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan
🌷 contoh : sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai dua warna yang menyerlah dan menfokuskan kepada kereta dan pokok. 

🔤 TEKS 🔤
🌷 pemahaman terhadap grafik berdasarkan kandungan dalam teks
🌷 teks merupakan jenis dan saiz font yang dipilih
🌷 contoh : iklan laptop yang disertakan dengan teks "ringan dan nipis" menggunakan font yang menarik dan sesuai dapat menarik pengguna untuk membelinya.

✅ KESESUAIAN ✅
🌷 kesesuaian grafik dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam gambar atau video.
🌷 contoh : Foto seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bermain dengan dua orang kanak-kanak di ruang tamu yang kelihatan bergelak ketawa. Terdapat tulisan di bawah tersebut " keluarga bahagia saya "

⚖ KESEIMBANGAN ⚖
🌷 ruang di kiri, kanan, atas dan bawah seimbang dalam sebuah foto atau video
🌷 ruang tersebut hendaklah sama berat dan disampaikan dengan baik
 🌷 contoh : foto seorang lelaki yang sedang berdiri di ruang sebelah kanan dan ruang di sebelah kirinya pula terdapat teks yang berkaitan biodata dirinya.




RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

BBM3410Satu2020 : TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)


TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)


Menurut VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/ tema suatu teks

Superstruktur 
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
 ___________________________________________________________

Rajah 1: Teori Anaisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)


     Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977), teori ini dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

VanDijk, T. A. (1977). Text and Context: Explainations in the Semantics and Pragmatics of Discourse. London: Longman.

BBM3410Satu2020 : Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Strategi Pampasan

3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help
Stalling


Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)



      Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi Dornyei & komunikasi. Menurut Scott (1997) pula, kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi yang seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Selain itu, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi  penanda digunakan apabila seseorang menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.




Rujukan:

Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language:
   Definitions and Taxonomies. Language Learning, 47:173-210.

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu