Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Blanket Test 2.0 :)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah hari ini telah pun masuk minggu ketiga saya mengikuti kelas BBM3410. Hari ini merupakan minggu kedua blanket test berlangsung. Kumpulan kami iaitu kumpulan 1 (TechNinjas' Production) telah berjaya menjawab 4 soalan juga pada minggu ini :D Antara soalan yang berjaya kami jawab adalah seperti berikut :

1) Berikan elemen asas grafik dan terangkan.

Jawapan : Salah satu elemen asas grafik adalah teks. Dalam teks, aspek penting yang perlu diambil kira adalah jenis dan saiz font yang dipilih. Kandungan dalam teks juga penting bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font juga perlu diambil kira.

2) Berdasarkan gambar, terangkan asas fotografi yang sesuai. (seorang lelaki tua dengan latar belakang dikaburkan)

Jawapan : Portrait. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar tersebut mempamerkan wajah lelaki tua tersebut menunjukkan emosinya pada reaksi muka ketika itu.


3) Berdasarkan gambar, terangkan asas fotografi yang sesuai. (seorang bayi perempuan sedang berbaring)

Jawapan : Portrait. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar tersebut kelihatan seperti diambil di dalam studio yang tertutup dengan bantuan lampu sebagai pencahayaan yang sesuai.


4) Berdasarkan gambar, terangkan asas fotografi yang sesuai. (seorang wanita dengan riak wajah yang suram dan sedih dengan jarak yang dekat)

Jawapan : Close-up. Hal ini dikatakan demikian kerana gambar tersebut memfokuskan gambar muka wanita berkenaan yang dapat dilihat secara jelas dan jarak yang dekat.


No comments:

Post a Comment