Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA


MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK




[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka 

Cerita yang Berkaitan Model Penceritaan di Atas

Saya berumur 10 tahun. Saya bersekolah di SK Sri Serdang. Saya mempunyai keluarga yang bahagia dan saling menyayangi. Saya dan keluarga sangat suka akan kebersihan. Setiap hari, saya dan kakak mengemas katil sebelum ke sekolah. Selepas itu, saya akan membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Setiap petang pula, saya akan membantu ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah. Saya dan abang juga suka membantu ayah mencuci kereta pada setiap hujung minggu. Selain itu, saya suka mengurut ayah dan ibu pada waktu malam. Walaupun ayah dan ibu tidak meminta, tetapi saya suka melakukannya. Saya tahu ayah dan ibu penat bekerja mencari rezeki pada siang hari. Saya berasa senang hati apabila melihat ibu dan ayah gembira. Saya dan adik-beradik suka membantu ibu dan ayah. Kami sekeluarga suka melakukan kerja rumah bersama-sama. Amalan bantu-membantu dalam keluarga kami telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Ibu dan ayah adalah nadi keluarga kami. Ibu dan ayah selalu berpesan agar sentiasa berhati-hati dan menjaga budi pekerti. Saya sayang keluarga saya. Mereka sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Keluarga merupakan anugerah terindah yang Allah pinjamkan kepada saya. Keluarga saya, nadi saya. Semoga kami sekeluarga sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya. 

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi komunikasi : Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment