Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Berdasarkan gambar rajah di atas, terdapat lima kepentingan asas grafik, iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability), dan promosi. (Normaliza Abd Rahim, 2019). Asas grafik yang pertama ialah menarik. Asas grafik yang menarik sangat penting untuk menarik semua golongan masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan apabila dalam sesuatu grafik itu terdapat asas grafik yang sesuai. Foto atau video yang menarik akan meninggalkan kesan yang baik tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan. Asas grafik yang seterusnya ialah mudah difahami. Setiap apa yang dipaparkan memerlukan konsep mudah difahami. Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Hal ini kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah difahami tanpa berasa keliru. Seterusnya pula, mesej. Mesej merujuk kepada apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan ianya sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang hendak disampaikan. Mesej yang hendak disampaikan tersebut dapat meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat. Asas grafik keempat pula ialah ketara atau predictabilityKetara juga sangat penting dalam asas grafik kerana foto atau video yang dipaparkan akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej yang hendak disampaikan. Asas grafik yang terakhir ialah promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment