Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3.



 Harini, saya ingin berkongsi tentang 3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 3 ini. Antara 3 nilai yang saya jumpa dapat cerita ini ialah ringan tulang, sabar dan kasih sayang :D

   ringan tulang  


   sabar  


    kasih sayang   


       Pada pendapat saya, saya dapati nilai ringan tulang dalam cerita sosial 3 ini kerana setiap hari, adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Kebiasaannya, Alim akan mengutip mainan ketika Aisyah, adiknya, terlupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Oleh itu, jelaslah bahawa Alim seorang yang ringan tulang. Selain itu, nilai yang kedua ialah bersabar. Nilai bersabar ini juga dapat dilihat melalui perbuatan Alim yang sentiasa bersabar ketika belajar untuk menolong abang dan kakaknya walaupun sudah gagal menyiapkan kerja yang diberikan selama ini. Seterusnya, nilai yang ketiga ialah amalan berkasih sayang. Nilai ini dapat dilihat apabila keluarga Alim sentiasa berkasih sayang sesama mereka dan sentiasa mengungkapkan kata sayang. Nilai ini sangat penting untuk dijadikan amalan kerana dengan berkasih sayang kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga seterusnya melahirkan keluarga yang harmoni.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

No comments:

Post a Comment