Wednesday 16 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER



 (1)  Adakah anda dapati bahawa sukar untuk memaafkan sesiapa yang telah menzalimi anda? Belajarlah memupuk semangat pemurah & penyayang. Hal ini akan menjadi sebagai peringatan bahawa pentingnya menunjukkan belas kasihan kepada orang lain. Kita boleh bersikap keras antara satu sama lain terhadap perkara kecil, tetapi tidakkah kita mengharapkan Rahmat Yang MahaKuasa? 



 (2)  Sudi kah anda menolong seseorang walaupun anda tahu bahawa anda tidak akan mendapat apa-apa sebagai balasan? Satu kebenaran bahawa sesiapa sahaja yang menolong tetapi tidak peroleh apa-apa ada sesuatu di dalamnya iaitu menunjukkan sebuah hati yang cantik! Ini menunjukkan keikhlasan yang sebenarnya. Sekiranya anda mengenali seseorang seperti itu, anda akan rasa diberkati!



 (3)  Satu kebenaran adalah kebanyakan antara kita mempunyai lebih daripada apa yang kita perlukan. Kita kebanyakannya mempunyai semua keperluan asas malah lebih lagi.Malangnya, kita cenderung melihat beberapa perkara yang tidak kita miliki & menjadi tertekan & putus asa. Berhati-hatilah kerana Yang MahaKuasa tidak suka orang yang tidak bersyukur. Dia boleh mengambilnya kembali. Bila-bila masa sahaja!



 (4)  Sentiasalah berdoa agar Yang MahaKuasa melindungi hati kita daripada menjadi keras. Semoga Dia sentiasa melembutkanya dan mengizinkan kita untuk mengasihani sesiapa sahaja yang menderita dengan cara yang tidak dapat dibayangkan. Belajarlah berdoa dengan sepenuh hati untuk mereka seperti yang kita lakukan untuk diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Semoga Dia mengekalkan kita supaya sentiasa merendah diri setiap masa!



 (5)  Pengajaran yang terbaik dalam kehidupan biasanya didapati apabila anda kecewa dengan teruk. Apabila anda fikir anda telah mencapai tahap terendah & tidak dapat melihat jalan keluar. Namun anda jangan lupa bahawa antara keberkatan terbesar dalam hidup akan menjadi nyata & ianya datang melalui cubaan yang paling sukar bagi anda. Oleh itu, cekalkan hati. Jangan pernah berputus harapan!


----------------------------------------------------------------------------------------

Berikut merupakan bukti kehadiran saya pada minggu ke 8! hihihihi








No comments:

Post a Comment