Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020 : Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian
Pada pendapat saya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), beliau mendapati bahawa penulisan amat memberi kesan yang besar kepada para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui penulisan, pelajar akan dapat membina keyakinan diri dalam diri sendiri. Namun begitu, terdapat juga individu yang tidak yakin dengan diri sendiri. Hal ini kerana sikap negatif seseorang itu menguasai dirinya apabila selalu berfikir bahawa penulisannya tidak bagus terutamanya dibaca oleh orang lain. Oleh itu, penulisan merupakan satu cabaran kepada individu yang kurang berkeyakinan kerana hal ini akan membuatkan individu tersebut menjadi keberatan lagi untuk menulis pada masa hadapan. Seterusnya berdasarkan penulisan yang dibuat oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim pada tahun 2017, kebanyakkan pelajar pada hari ini lebih gemar untuk melibatkan secara terus dalam aktiviti yang melibatkan pengajaran bahasa. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti ini amat penting kepada pelajar kerana ini akan membantu pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti ini juga pelajar juga berpeluang untuk bertanya kepada tenaga pengajar tentang perkara yang mereka tidak fahami. Oleh itu, tahap kefahaman seorang pelajar akan lebih meningkat jika pengajaran melalui ini dilakukan



Rujukan

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment