Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Jenis-jenis shot dan kepentingan rule of thirds :)


Bahagian A

  JENIS-JENIS SHOT   



Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia


Bahagian B

   RULE OF THIRDS  

KEPENTINGAN RULE OF THIRDS

Apa itu Rule of Thirds? Rule of Thirds ialah teknik fotografi yang paling asas dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar atau foto yang menarik. Rule of thirds ini sangat penting untuk meningkatkan teknik komposisi dan bagi memastikan imej dalam gambar adalah seimbang. Kini, semua orang dapat mendapatkan gambar yang menarik memandangkan kebanyakan telefon bimbit mempunyai kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Pemidang titik dalam paparan LCD yang digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang sepatutnya. Melalui grid, empat garis yang muncul pada paparan adalah berguna untuk elemen dalam foto. Penggunaan Rule of Thirds adalah lebih berbaloi berbanding perlu menghadap skrin komputer terlalu lama untuk mengolah sesuatu foto yang telah diambil. Individu perlu memikirkan unsur-unsur gambar yang paling signifikan untuk dijadikan fokus dalam foto dan cuba meletakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Sebagai contohnya, jikalau gambar manusia ialah unsur paling penting dalam gambar, maka letakkan kedudukan manusia pada garisan dan persimpangan grid tersebut. Dalam hal ini, individu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan menarik. 


Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment