Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020 : Strategi Kesopanan & Ringkasan Cerita Sosial 2


Bahagian A

NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN (197583)

Strategi Kesopanan

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagaian kedua adalah sebanai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


Strategi Kesopanan
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

Bahagian B
CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA
Berdasarkan kisah sosial 2, diceritakan bahawa bapa Alim pergi ke pasar pada hujung minggu dan membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Aneka buah-buahan ini telah menarik perhatian Alim dan ahli keluarganya lalu mereka menikmati juadah tersebut bersama-sama. Sedang masing-masing membayangkan buah-buahan yang bakal dinikmati bersama, Alim teringat akan Sulaiman iaitu jiran sebelah rumahnya yang baik hati. Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman serta ibu bapanya. Kata Alim, ibu dan ayahnya selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah satu perbuatan yang baik.  Ibu Alim memuji sikap anaknya yang sungguh pemurah dan sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan. Ketika Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah, Alim memberikan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu kembali masuk ke dalam rumah dan terus menolong ibu dan bapanya membersihkan sisa-sisa makanan mereka. Alim ditegur oleh Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman ketika membuang sampah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi rezeki bersama. Mak Cik Timah berasa terharu dengan sikap Alim yang sunguh baik itu. Alim juga memberitahu bahawa harus berbuat baik kepada semua orang, dan Mak Cik Timah juga senang apabila Alim berkawan dengan Sulaiman lalu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi komunikasi : Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment