Thursday 30 April 2020

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Assalamualaikum semua! hari Jumaat yang mulia ni meh kita melukis sikit yeee. Jangan nak cakap tak cantik lah, penat tau petang-petang duk melukis tepi dapurr tadi. Dengan nak upload kat facebooknya satu hal ohmennnnn i is lupa password :( dah lama sangat tak bukak facebook deknon mana nak ingat passwordnya. tapi, mujurlah memang dah terbuka sedia ada dalam phone.  so, inilah postnyaa untuk tugasan 1! 

Apa itu "Rule of thirds"? Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang paling asas dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar mahupun swafoto yang menarik. Teknik ini sangat penting untuk meningkatkan teknik komposisi sesuatu gambar itu seimbang. Kini, semua orang dapat menangkap gambar swafoto yang menarik memandangkan kebanyakan telefon bimbit mempunyai kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Pemidang titik dalam paparan LCD yang digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang sepatutnya. Penggunaan Rule of Thirds ini adalah lebih berbaloi berbanding perlu mengadap skrin komputer untuk mengolah mahupun mengedit gambar yang telah diambil. Oleh itu, untuk memastikan gambar swafoto menjadi lebih cantik dan menarik, saya sarankan untuk menggunakan teknik rule of thirds untuk mendapatkan komposisi yang terbaik! 😘

#BBM3410 #BBM3410Satu2020 #ProfDrN #TugasanMinggu6 #cantikkansayalukis #macamcantikjemacamcomelje #tangandahkeraslamasangattakmelukis #fuyoo!abahlikepostsayalah!



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment