Thursday 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2


CERITA SOSIAL 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) sihat semua? harap-harap waktu PKP ni semua jaga kesihatan lah ye. Macam biasa, cuti bukan sebarang cuti maka inilah dia, tugasan amali minggu ke 6 hihihihi. Harini, saya ingin berkongsi tentang 3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2 ini. Antara 3 nilai yang saya jumpa dapat cerita ini ialah menjaga kebersihan, baik hati dan tolong menolong :D

   Menjaga kebersihan  


  Baik hati  


  Tolong-menolong  


Pada pendapat saya, saya dapati nilai menjaga kebersihan dalam cerita sosial 2 ini dalam ayat "Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah,". Jelaslah bahawa cerita ini menceritakan sebuah keluarga yang pentingkan dan menjaga kebersihan. Mereka tidak membuang sampah di merata tempat. Oleh itu, menjaga kebersihan merupakan satu nilai yang patut dicontohi memandangkan kebersihan itu sebahagian daripada iman dan amat dituntut dalam islam untuk menjaganya. Selain itu, nilai yang kedua ialah baik hati. Nilai baik hati ini dapat dilihat melalui perbuatan Alim yang suka berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Nilai ini amat baik untuk dicontohi terutamanya apabila seseorang individu hidup dalam berjiran. Amalan memberi  makanan sesama jiran dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama. Seterusnya, nilai yang ketiga ialah amalan tolong-menolong. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah setelah selesai makan. Tolong menolong merupakan amalan yang mulia dan menjadi suatu kewajipan bagi setiap manusia. Tolong menolong juga dapat memupuk rasa kasih sayang antara keluarga, jiran tetangga, kawan, dan masyarakat. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara. 

No comments:

Post a Comment