Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)






1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya sedang tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa berusaha dan terus berusaha demi mendapatkan ketenangan itu semula. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

"Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan sentiasa menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)

"Saya rindu keluarga saya setiap hari," sebut Alim sambil tersenyum.


3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa kehidupan adalah lebih berharga daripada segalanya. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)   

"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.


4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung yang tertinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi paling sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.


5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa menjadi yang terbaik. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.


6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, pasti saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percayakan awak.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Ini Alim. Kamu beri Sulaiman. Ibu nampak dia sedang siram pokok bunga tadi," kata ibu sambil menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis.


8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

"Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa," kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah. 


9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.


Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.





Bukti kehadiran minggu 10




No comments:

Post a Comment