Wednesday, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Jenis-jenis shot dan kepentingan rule of thirds :)


Bahagian A

  JENIS-JENIS SHOT   



Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia


Bahagian B

   RULE OF THIRDS  

KEPENTINGAN RULE OF THIRDS

Apa itu Rule of Thirds? Rule of Thirds ialah teknik fotografi yang paling asas dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar atau foto yang menarik. Rule of thirds ini sangat penting untuk meningkatkan teknik komposisi dan bagi memastikan imej dalam gambar adalah seimbang. Kini, semua orang dapat mendapatkan gambar yang menarik memandangkan kebanyakan telefon bimbit mempunyai kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Pemidang titik dalam paparan LCD yang digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang sepatutnya. Melalui grid, empat garis yang muncul pada paparan adalah berguna untuk elemen dalam foto. Penggunaan Rule of Thirds adalah lebih berbaloi berbanding perlu menghadap skrin komputer terlalu lama untuk mengolah sesuatu foto yang telah diambil. Individu perlu memikirkan unsur-unsur gambar yang paling signifikan untuk dijadikan fokus dalam foto dan cuba meletakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Sebagai contohnya, jikalau gambar manusia ialah unsur paling penting dalam gambar, maka letakkan kedudukan manusia pada garisan dan persimpangan grid tersebut. Dalam hal ini, individu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan menarik. 


Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020 : Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian
Pada pendapat saya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), beliau mendapati bahawa penulisan amat memberi kesan yang besar kepada para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui penulisan, pelajar akan dapat membina keyakinan diri dalam diri sendiri. Namun begitu, terdapat juga individu yang tidak yakin dengan diri sendiri. Hal ini kerana sikap negatif seseorang itu menguasai dirinya apabila selalu berfikir bahawa penulisannya tidak bagus terutamanya dibaca oleh orang lain. Oleh itu, penulisan merupakan satu cabaran kepada individu yang kurang berkeyakinan kerana hal ini akan membuatkan individu tersebut menjadi keberatan lagi untuk menulis pada masa hadapan. Seterusnya berdasarkan penulisan yang dibuat oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim pada tahun 2017, kebanyakkan pelajar pada hari ini lebih gemar untuk melibatkan secara terus dalam aktiviti yang melibatkan pengajaran bahasa. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti ini amat penting kepada pelajar kerana ini akan membantu pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti ini juga pelajar juga berpeluang untuk bertanya kepada tenaga pengajar tentang perkara yang mereka tidak fahami. Oleh itu, tahap kefahaman seorang pelajar akan lebih meningkat jika pengajaran melalui ini dilakukan



Rujukan

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : Twitter (Cerita Pendek)


Pada malam-malam buta semalam, aku bosan. Pastu, macam biasa, aku pun scroll lah twitter untuk baca tweet tweet terkini. Scroll punya scroll aku pun terbaca lah satu thread tweet femess ni bercerita tentang trip dia ke Turki dua bulan yang lepas. alang-alang masa tu aku duk terfikir-fikir cerita pendek ape laa yang nak aku wujudkan, maka tercipta cerita ini. aishhhhh tiba-tiba rindu upm. hahaha rindu sikit jeee, tak banyak punnn!



Rujukan

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Sunday, 26 April 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA


Assalamualaikum dan salam ramadhan yang keempat semua :) harini adalah hari pertama online class bermula semenjak perintah berkurung nii. Lecturer masing-masing dah start bagi kerja dan online lecture. Allahu. penat wehhhhhhhh! takpelah, saya redha :) selagi bergelar student, wajib laaa penat. kan kan? nak berjaya kena lah berpenat penat dulu. betul ke idok? harini prof N memberi arahan kepada kami untuk sediakan tugasan buat dua PPT dan ini lah antara hasil kerja kami satu kumpulannnnnn :

                         Bab 1- Pekaka Bercerita : Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu 



Bab2- Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi



Ini adalah bukti penghantaran tugasan yang diminta dan markah yang diterima 


tapi, tapi, markah tu belum final lagiii :D alhamdulillah, untuk kerja ni dapat markah full! Prof is soooo kinddd! terima kasih prof, aye ayangg prof angat angattt heeee :* 

Ini adalah markah yang sebenar 




Monday, 23 March 2020

BBM3410Satu2020 : PROF LIKE IG ! :D




waaaaaaaaaaaaaaa! guysss! u see that? u see that? waaaaaa i am so excited!! eh eh maaf. lupa pulak bagi salam. okay semua, Assalamualaikum dan salam sejahtera :) maaf, harini saya begitu teruja. sebab apa? haaa tengok atas tu. finally, prof dah like gambar saya dekat IG! fuhhhhh rasa bahagia dia tu memang tak terkata. Feeling dia tu macam artis top terkenal yang like gambar kita tauuu. perghhh auraaa diaaa. aura dia memang deboooommmm!!Alhamdulillah, prof dah like beberapa gambar saya di IG. cuma, saya sedikit sedih laa. Prof takde pulak komen mana-mana gambar saya :( ada gambar kawan-kawan saya prof komen tau. tapi, gambar saya, takde pulak sangkut prof komen. Jadi, saya apa lagi. dah nama pun perempuan kan, overthinking lah sikitt :( hahah gambar-gambar saya tak menarik ke? gambar takde rules of third ke? rasanyaa macam dah ada. atauuu, saya yang tak cukup cantik untuk tarik perhatian prof? saya takkk cantikk keee? ape? takk cantikkk? uwaaaaa cediiihhhhhhh. tapi takpelah, saya dah redha. sejak masuk kelas prof N, saya dah cukup faham apa erti redha yang sebenar. walaupun di mata prof saya tak cantik, tapi saya tahu, mesti akan ada di mata seseorang tu melihat saya cantik. tak gitu? hahaha okay dah, saya dah banyak mengarut ni. papepun, terima kasih prof sebab like gambar saya. sayanggggg prof! kalau nak saya sayang banyak lagi, like laa banyak lagi gambar-gambar saya dan jangan lupa komen! komen manis-manis je tau. contohnya macam "cantiknyaa dia" haaaa gituuu. hahahahha okay prof, saya gurau jeee! see u in the next post! bai baiiii ! #sayasayangprofsaya #profsayacantik #cantikmacamsaya! 

Wednesday, 18 March 2020

BBM3410Satu2020 : GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA



Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Hari ini saya ingin kongsikan video ketiga kami iaitu tugasan minggu ke 6 yang bertajuk GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA :) Antara simpulan bahasa yang telah dipilih oleh ahli kumpulan kami, TechNinjas' Production seperti yang berikut. Selamat menonton dan jangan lupa LIKE!
  1. Alas perut
  2. Ikat perut
  3. Cakar ayam
  4. Kaki ayam
  5. Air muka
  6. Buah tangan
  7. Air tangan
  8. Anak bapa
  9. Ringan tulang
  10. Ulat buku
Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 
196003 Nur Faqin binti Yusof 
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin 

Kredit:
Lagu: Anta Permana
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd & 
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/JZzPldJo4eM


Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Sunday, 15 March 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY :)


Assalamualaikum dan selamat pagi. semua sihat? sekarang musim tak sihat bukan? virus dah semakin merebak semoga semua sentiasa dalam lindunganNya.. hari ini, saya ingin berkongsi tentang video kedua yang kami satu kumpulan hasilkan. Video ini mengandungi hasil tangkapan gambar jenis-jenis flatlay oleh kami. Jenis-jenis flatlay ada empat, yang pertama flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Selamat menonton! jangan lupa LIKE dan SUBSCRIBED! 




Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa

Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin

Kredit:
7 Nasihat
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd &
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/5w_kRsNZ4cc

Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk